Puteri
Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya
raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke
bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun
ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri
maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada
asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua
puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana
mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan
terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.
Puteri
Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain
manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi
dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa
pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran
barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.
Kemakmuran
di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang
berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui
Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk
mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan
dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu
juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua
puteri tersebut.
Saban
hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak
menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama
iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan
bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka
bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih
cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya
Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini
kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu
menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur
kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu
cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus
menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau
Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri
di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan